Pengenalan
Dana Padanan Bagi Platform Ekonomi Gig (PenjanaGig) adalah bantuan kerajaan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 5 Jun 2020 melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara bagi menjamin keselamatan sosial dan kebajikan golongan Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang melibatkan aktiviti pekerjaan ekonomi gig. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, berlaku peningkatan terhadap permintaan ke atas perkhidmatan dan pekerjaan berlandaskan ekonomi gig dan seterusnya meningkatkan risiko kemalangan.
PekerjaGig adalah individu yang terlibat untuk menjalankan sesuatu tugas atau kerja melalui platform penyedia perkhidmatan atas aplikasi digital untuk mendapat upah. Contoh : GrabCar, FoodPanda, Lalamove, Bungkusit dan sebagainya.
PenjanaGig adalah bantuan kerajaan dan platform penyedia perkhidmatan dalam bentuk caruman kepada Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Mekanisma Pelaksanaan
Caruman akan dibayar melalui sumbangan kerajaan sebanyak 70%, manakala baki 30% daripada sumbangan orang bekerja sendiri / platform penyedia perkhidmatan di bawah caruman SKSPS Pelan 2.
Pelan Caruman
|
Sumbangan Kerajaan70%
|
Sumbangan Orang Bekerja Sendiri / Platform Penyedia Perkhidmatan 30%
|
Pelan 2 (RM232.80)
|
RM163.00
|
RM69.80
|
Syarat-syarat yang melayakan OBS bagi mendapatkan manfaat di bawah program ini adalah seperti berikut:
- Bertaraf warganegara Malaysia atau pemastautin tetap.
- Bekerja secara aktif di bawah platform penyedia ekonomi gig yang berdaftar dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) atau agensi kerajaan.
- Bekerja sepenuh masa atau separuh masa.
- Perlindungan SKSPS di bawah program ini adalah ditetapkan di bawah Pelan 2 sahaja dengan perlindungan selama setahun.
- OBS yang bekerja di Malaysia.