PenjanaGig adalah bantuan kerajaan dan platform penyedia perkhidmatan dalam bentuk sumbangan padanan caruman. Bayaran caruman akan dibuat melalui sumbangan kerajaan sebanyak 70%, manakala baki 30% daripada sumbangan oleh platform penyedia perkhidmatan di bawah caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Pelan 2 kepada Orang Bekerja Sendiri (OBS). OBS yang menyertai Program PenjanaGig layak untuk dilindungi di bawah faedah-faedah SKSPS. Sila rujuk pada pautan berikut : Klik di sini bagi Faedah (Bahasa / English) atau Klik di sini bagi Infografik (Bahasa / English).
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal di pautan https://gig.perkeso.gov.my. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian 1 300 22 8000 atau e-melkan kepada perkeso@perkeso.gov.my. Bagi pertanyaan berhubung pendaftaran MDEC pula, sila hubungi talian 1 800 88 8338 atau e-mel kepada clic@mdec.com.my.